Asian Governments in the News
SEE OTHER BRANDS

The latest government and non-profits news from Asia and the Pacific

Dana OPEC menggerakkan lebih daripada AS$1 bilion untuk memajukan pembangunan mampan

Lembaga Pemegang Amanah meluluskan pakej pembiayaan utama sempena pelancaran bon penanda aras Euro sulung institusi

VIENNA, Sept. 22, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Dana OPEC untuk Pembangunan Antarabangsa (Dana OPEC) mengumumkan kelulusan pembiayaan pembangunan baharu melebihi AS$1 bilion, yang diluluskan semasa Mesyuarat ke-193 Lembaga Pemegang Amanah dan sepanjang suku ketiga tahun 2025. Dalam langkah bersejarah untuk memperkukuh lagi mandat pembangunannya, institusi tersebut turut berjaya menerbitkan bon penanda aras Euro sulungnya, sekali gus berjaya meraih €500 juta di pasaran modal antarabangsa.

Presiden Dana OPEC, Abdulhamid Alkhalifa berkata: “Kelulusan baharu ini, bersama pelancaran bon penanda aras Euro sulung kami, merupakan bukti jelas komitmen kami untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada negara-negara rakan kongsi. Kami sedang memperkukuh sokongan terhadap daya tahan, pertumbuhan inklusif dan tindakan iklim, sambil merintis asas bagi peluang jangka panjang. Menjelang ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2026, dua pencapaian penting ini menyerlahkan keupayaan kami untuk berinovasi, berkembang dan memacu impak transformatif untuk dekad-dekad yang akan datang.”

Operasi yang baru diluluskan akan menyokong projek-projek transformatif di seluruh Afrika, Asia, Amerika Latin dan Caribbean, meliputi bidang kesihatan, pendidikan, tenaga bersih, air dan sanitasi, mata pencarian mampan serta infrastruktur berdaya tahan:

Operasi Sektor Awam

  • El Salvador: AS$70 juta untuk membiayai bersama Program Surf City – Fasa II, melibatkan penaiktarafan jalan raya, peluasan sistem sanitasi untuk 70,000 penduduk serta pengukuhan daya tahan iklim di zon pelancongan La Libertad.
  • Eswatini: AS$50 juta dalam bentuk pinjaman berasaskan dasar bagi menyokong pembaharuan fiskal, memperkukuh daya saing dan meningkatkan ketahanan iklim.
  • Fiji: AS$30 juta untuk Projek Transformasi Kepulauan Sihat Pasifik, memodenkan perkhidmatan kesihatan di Negara Pulau Kecil Sedang Membangun di Pasifik (Pasifik SIDS) melalui integrasi digital dan latihan tenaga kerja.
  • Republik Kyrgyz: AS$30 juta dalam bentuk pinjaman berasaskan dasar untuk Program Pertumbuhan Mampan & Inklusif Pertama untuk memajukan pembaharuan tenaga, perkhidmatan sosial dan daya saing perniagaan.
  • Lesotho: AS$40 juta untuk Projek Bersepadu Pengangkutan, Perdagangan & Logistik, merangkumi pemulihan jalan raya, jambatan dan kemudahan lapangan terbang bagi meningkatkan perdagangan dan keselamatan.
  • Malawi: AS$27 juta untuk Projek Bekalan Air & Sanitasi Jenda, menyediakan bekalan air bersih dan pengurusan sisa yang lebih baik di hab pertanian utama.
  • Maghribi (Morocco): €100 juta dalam bentuk pinjaman berasaskan dasar untuk menyokong Tadbir Urus Ekonomi & Ketahanan Iklim bagi meningkatkan kecekapan pengurusan air dan tenaga serta memperluas penyertaan sektor swasta.
  • Papua New Guinea: AS$50 juta untuk Projek Peningkatan Pembelajaran & Akses, memperkukuhkan pendidikan awal untuk 375,000 pelajar dan melatih 9,000 guru.
  • Saint Lucia: AS$20 juta untuk menaik taraf Lebuhraya Sir Julian R. Hunte, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan bagi hampir 95,000 penduduk.
  • Afrika Selatan: AS$150 juta dalam bentuk pinjaman berasaskan dasar untuk Pemodenan Infrastruktur, memacu pembaharuan pengangkutan dan tenaga ke arah peralihan karbon rendah.
  • Türkiye: €150 juta untuk Projek Kereta Api Kars-Iğdır-Aralık-Dilucu (KIAD), membina landasan elektrik sepanjang 224 km bagi memperkukuh hubungan perdagangan Eurasia.
  • Uganda: AS$30 juta untuk Sokongan Pertumbuhan Ekonomi Tempatan – Fasa II, memperkukuh sektor pertanian, infrastruktur luar bandar dan keterangkuman kewangan untuk 3.5 juta orang.

Operasi Sektor Swasta & Pembiayaan Perdagangan:

  • Bangladesh: AS$30 juta untuk memperluas pembiayaan perdagangan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta agrobisnes.
  • Côte d’Ivoire: €40 juta untuk loji janakuasa kitaran gabungan berkapasiti 372 MW, bagi memperkukuh keselamatan tenaga dan kapasiti bekalan.
  • Mesir: AS$40 juta untuk kemudahan solar berserta sistem simpanan berkapasiti 1,000 MW di Aswan, salah satu loji tenaga bersih terbesar di Afrika.
  • Jordan: AS$25 juta dalam bentuk pinjaman subordinat untuk memperluas PMKS dan pembiayaan iklim.
  • Oman: AS$50 juta untuk kemudahan industri berskala besar yang menghasilkan input tenaga boleh diperbaharui, sekali gus menyokong usaha kepelbagaian ekonomi.
  • Paraguay: AS$25 juta dalam bentuk pinjaman A sebagai sebahagian daripada kemudahan sindiket sehingga AS$50 juta yang diketuai oleh Dana OPEC, bagi memperluas pembiayaan PKS dengan tumpuan kepada perusahaan yang diketuai wanita dan sektor pertanian.
  • Afrika Serantau: AS$75 juta untuk menyokong pembiayaan perdagangan koko di Côte d’Ivoire dan Ghana, meningkatkan kebolehkesanan rantaian bekalan serta memperkukuh sumber pendapatan petani.

Memperkukuh asas kewangan Dana OPEC
Kejayaan penerbitan bon penanda aras Euro sebanyak €500 juta menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pembiayaan Dana OPEC. Langkah ini memperluas pangkalan pelaburnya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pembiayaan pembangunan yang berwibawa dan inovatif.

Hasil daripada bon tersebut akan digunakan untuk membiayai dan membiayai semula projek-projek yang selaras dengan mandat pembangunan Dana OPEC, dengan penekanan yang kukuh terhadap kelestarian dan impak jangka panjang.

Perihal Dana OPEC
Dana OPEC bagi Pembangunan Antarabangsa merupakan satu-satunya institusi pembangunan bertaraf global yang ditugaskan secara khusus untuk menyalurkan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1976 dengan tujuan yang jelas: untuk memacu pembangunan, memperkukuh komuniti dan memperkasa masyarakat di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. Kerja kami berteraskan rakyat, dengan tumpuan kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan asas seperti makanan, tenaga, infrastruktur, peluang pekerjaan (terutamanya berkaitan PKMS), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan serta pendidikan. Sehingga kini, Dana OPEC telah meluluskan lebih daripada AS$30 bilion untuk projek pembangunan di lebih 125 negara, dengan jumlah kos projek dianggarkan melebihi AS$200 bilion. Dana OPEC telah diberikan penarafan AA+/Outlook Stable oleh Fitch and S&P Global Ratings. Visi kami adalah sebuah dunia di mana pembangunan mampan merupakan realiti untuk semua.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f548d946-c8e5-4427-9bd8-fdd7b4d62cea


Basak Pamir
b.pamir@opecfund.org

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions